Suatu hari Sayyidina Ali Karramallaha Wajhah tergesa-gesa untuk  menunaikan sholat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah. Di tengah  perjalanan ke masjid, Sayyidina Ali bertemu dengan orang tua beragama  Nasrani bertongkat sedang berjalan dengan sangat perlahan dan  ditangannya memegang pelita untuk menerangi jalan yang gelap gulita.
Sayyidina Ali mengikuti saja langkah orang tua itu kerana beliau  tidak sanggup memintas orang tua itu karena menghormatinya. Apabila tiba  di masjid, Sayyidina Ali bergegas masuk ke masjid untuk menunaikan  sholat subuh berjemaah bersama Rasulullah. Ketika Sayyidina Ali memasuki  masjid di dapati Rasulullah sedang rukuk. Rukuk Rasulullah pada kali  itu sungguh lama, tidak seperti biasa, seolah-olah menanti Sayyidina Ali  turut serta sholat berjemaah.
Setelah selesai sholat subuh Sayyidina Ali bertanya kepada Rasulullah  ” Ya Rasulullah, kenapakah engkau memanjangkan rukuk pada kali ini,  belum pernah engkau lakukan sebelum ini”. Jawab Rasulullah ” Semasa aku  sedang rukuk, dan ketika aku hendak iktidal, tiba-tiba datang Malaikat  Jibril dan menekan belakangku. Setelah lama menekan barulah aku dapat  iktidal”.
Mendengar jawaban Rasulullah, Sayyidina Ali menceritakan apa yang  terjadi semasa perjalanannya ke masjid tadi. Rupa-rupanya Allah telah  mengisyaratkan kepada Rasulullah supaya menanti Sayyidina Ali supaya  dapat ikut serta sholat subuh berjemaah. Allah menghargai sikap  Sayyidina Ali dengan memberi kesempatan Sayyidina Ali agar dapat sholat  subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah kerena sikap Sayyidina Ali  merendah diri dan menghormati orang tua Nasrani itu.
Sumber: Kumpulan Kisah-kisah Teladan
